Viral..'Anak Terpaksa Buat Loan/Pinjam Ah Long Untuk Kahwin'




Hari Khamis malam Jumaat, pergi baca yassin. Tetapi bila mari kahwin, kahwin punya hal tak mahu jadi Islam. Tak mahu jadi apa. Bila hal lain seperti halal, babi tak makan, anjing tak mahu pegang, tengok church lari, tengok kuil India tak boleh, lalu pasar babi kata busuk. Tapi bila soal kahwin, agama Islam sudah hilang.

Islam tak ada kata nak kenduri besar-besar, panggil golongan VVIP, buat kenduri di hotel bagai. Kalau tak ada hotel, block satu jalan di kawasan perumahan sehingga menyusahkan seluruh penduduk taman tak boleh jalan sebab anak mereka nak kahwin.

Kena panggil kenalan bapa dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, oversea, office lama, office baru, office akan datang, office sudah mati pun nak dipanggil semua. Kalau ada 3,000, 3,000 punya orang nak dipanggil semua datang bagi makan sebab anak mahu kahwin.

Kasihan pada si anak yang mahu berkahwin. Ibu bapa seolah-olah 'mengepaw' anak mereka sendiri sehingga memaksa mereka pergi mencari wang dengan membuat pinjaman peribadi.

"Baru satu tahun kerja, macam mana nak buat loan bank?"

Akhirnya terpaksa pergi jumpa Ah Long pinjam duit. Ah Long pun kata si anak tak waras sampai berkahwin pun nak pinjam duit. Bila sudah tiada jalan penyelesaian, akhirnya si anak pun mencuri, menipu sebab nak kahwin punyal pasal.

Ini juga disebabkan oleh bakal bapa mertua nak panggil semua kenalan, saudara mara, abang angkat, adik tiri.

Bukan setakat itu saja, kena buat tiga jamuan untuk kawan kepada bapa, kawan kepada ibu, dan kawan kepada kawan punya kawan. Gila ke apa? Tapi beri alasan itu semua mengikut 'Islam' sedangkan agama Islam tiada menwajibkan perkara seperti itu.

Nak bersanding, buat pelamin itu semua memerlukan kos beribu riban. Sedangkan bersanding itu bukan ajaran Islam mahupun Melayu tetapi adat orang Hindu.

Nenek-nenek moyang kita sendiri yang keliru sama ada mahu mengikut ajaran Islam atau Hindu dan akhirnya mereka mencampur adukkan kedua-duanya. Tiada masalah untuk melaksanakan beberapa adat berkenaan tetapi janganlah mewajibkan perkara yang tidak diwajibkan dalam agama Islam hanya kerana takut saudara mara marah kononnya tidak mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat. - Eddie Putra | PIXEL MEDIA
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment