'Preve JPS2720, Awak Langgar Adik Saya & Anaknya 4 Tahun Meninggal Dunia'




KUALA LUMPUR - Seorang parah, manakala dua maut selepas terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 111 (U) Yong Peng - Pagoh.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 Julai 2016 itu, kereta yang dipandu oleh mangsa yang membawa anak perempuannya dan seorang rakannya dilanggar lari.

Kejadian itu menyebabkan pemandunya parah, patah 7 tulang rusuk, paru-paru kanan cedera teruk dan koma selama 2 minggu lebih. Anak perempuannya yang berusia 4 tahun pula meninggal dunia kerana kecederaan otak dan rakan pemandu juga dilaporkan meninggal dunia.

Perkara itu dimuat naik oleh kakak mangsa, Nani Faiq, yang mendakwa pemandu kereta Proton Preve nombor pendaftaran JPS2729 terlibat dalam kejadian langgar lari itu.

"Tuan punya kereta Proton Preve JPS2720, please take note. 8 Julai 2016, awak dan kakak awak telah melanggar kereta adik saya di kilometer 111 (U) Yong Peng - Pagoh dan lari meninggalkan tempat kejadian.

"Sila tampilkan diri kerana awak dan kakak awak telah menyebabkan adik saya cedera parah, patah 7 tulang rusuk, paru-paru kanan cedera teruk, koma selama 2 minggu lebih dan anak perempuan adik saya yang berumur 4 tahun meninggal dunia.



"The only daughter that he have died because of brain damage. Dan kawan adik saya juga meninggal dunia kerana apa yang awak dan kakak awak telah buat.

"Menurut saksi yang tampil mengatakan awak langgar dan lari dari tempat kejadian. Awak tidak layak digelar sebagai manusia pun," katanya.

Sehubungan itu, Nani meminta orang ramai menyebarkan statusnya itu agar dua individu terbabit tampil menyerah diri. - PIXEL MEDIA
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment