Ngeri!! Bangkai Pesawat Telah Dijumpai! Berjaya Dirakamkan! Jangan Tengok Kalau Lemah Semangat!



Pagi tadi sekali lagi kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat EgyptAir yang lenyap dari radar. Haih, nak naik kapal terbang sekarang ni pun dah rasa tak selamat. Banyak sangat kes-kes ‘ngeri’ macam ni berlaku sejak kebelakangan ni.
Menurut laporan Astro Awani, berikut antara perkara yang kita perlu tahu mengenai kehilangan pesawat EgyptAir MS804. Semoga misteri kehilangan terungkai secepat mungkin. Kasihan ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan pesawat tu.

1. Jenis pesawat yang hilang


(Sekadar gambar hiasan)


Pesawat yang hilang adalah pesawat EgyptAir MS804, jenis Airbus 320 dengan ketinggian 11.76 meter dan kelebaran 37.57 meter.

2. Laluan pesawat

(Sekadar gambar hiasan)


Pesawat EgyptAir telah berlepas dari Paris sekitar jam 11.09pm (Waktu tempatan) dan dijadualkan sampai di Kaherah pada pukul 3.15am. Kapten pesawat dilaporkan punyai pengalaman sebanyak 6, 000 jam penerbangan.

3. Jumlah orang dalam pesawat


Melalui Twitter rasmi EgyptAir, terdapat 56 penumpang dan 10 kru termasuk 7 anak kapal dan 3 pegawai keselamatan dalam pesawat tersebut. Berikut merupakan bilangan orang mengikut negara asal yang hilang


4. Tempat dan ketinggian

(Sekadar gambar hiasan)

Pesawat EgyptAir MS804 berada pada ketinggian 37, 000 kaki dan dilaporkan hilang dari radar sejurus selepas memasuki ruang udara Mesir.

5. Pasukan penyelamat sedang berusaha

Melalui Twitter EgyptAir juga menyatakan bahawa ia telah menghubungi pihak berkuasa berkenaan dan pasukan keselamatan sedang giat melakukan siasatan.


6. Ahli keluarga, doktor dan translator berada di airport Kaherah



Serpihan berkemungkinan pesawat ditemui

Beberapa serpihan berkemungkinan milik pesawat EgyptAir MS804 yang hilang telah ditemui di perairan Pulau Crete di Greece ketika usaha mencari pesawat yang hilang di lautan Mediterranean diperhebatkan.

Menurut sumber tentera Greece yang memaklumkan kepada AFP, beberapa kapal telah dihantar ke lokasi terbabit.

“Terdapat beberapa penemuan di tenggara perairan Pulau Crete, di kawasan laluan pesawat yang diketahui,” kata jurucakap tentera, Vassilis Beletsiotis.

Beliau turut memaklumkan sebuah pesawat Mesir jenis C-130 telah mengesan beberapa objek terapung, dan kapal telah dikerahkan ke lokasi terbabit.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment